Cucunelayan Telah Berpindah

Rasanya dah agak lame saya menyepi di laman blog ini..

Sebabnye mungkin agak sibuk bekerja. Tapi dalam kesibukan bekerja itu juga, alhamdulillah saya sempat juga mencapai impian saya untuk mempunyai website sendiri. Dengan ini, sukacita saya ingin maklumkan bahawa blog ini akan berpindah ke website yang baru iaitu:

Cucunelayan.com

http://www.cucunelayan.com

Maka dengan ini, secara rasminya semua artikel-artikel saya akan di post di website baru sahaja. Manakala blog ini pula masih lagi beroperasi seperti biasa tetapi tiada post baru yang akan di buat.

Saya harap kepada para pembaca bolehlah teruskan membaca dan melawat di website baru saya di http://www.cucunelayan.com

Terima kasih di atas sokongan anda semua!

Advertisements

Subhanallah..Matahari Bersinar Di Tengah Malam

image

Lapland, Merupakan sebuah provinsi yang ada di Finland yang memiliki keluasan wilayah 98.946 km = C2 = B2 dengan populasi penduduk seramai 187777 orang (2002). Ibu kotanya ialah Rovaniemi. Wilayah ini memiliki sebuah fenomena unik indah untuk dipandang, iaitu matahari di tengah malam.
Hal ini terjadi kerana lokasinya yang berada di lingkaran kutub, selama dua puluh empat jam dalam dua bulan setiap tahun wilayah ini akan disinari oleh matahari sepanjang hari tanpa henti. Fenomena unik ini biasanya disebut midnight sun atau matahari tengah malam.
Fenomena ini biasanya akan berlaku setiap bulan Jun dan Julai. Pelancong yang melawat Lapland dapat melihat secara langsung cahaya unik dari matahari tengah malam, yang tidak memberi batas antara siang dan malam di sini. Hal ini membolehkan bagi para pelancong untuk mendaki gunung Lapland di malam hari atau bahkan melakukan sukan golf selama 24 jam tanpa henti. Salah satu tempat kegemaran pelancong untuk pelancongan golf yang terdapat di Lapland adalah Bjorkliden GC, padang golf yang terletak paling utara wilayah ini. Bersempadan dengan beberapa pergunungan yang merupakan sempadan negara antara Sweden dan Finland serta Tasik Tornestrask.

Selain dapat menikmati sensasi bermain golf di tengah malam, aktiviti-aktiviti pelancongan lain yang juga digemari di Lapland adalah bermain ski di Riskgransen yang merupakan resort ski di kedudukan paling utara di Eropah. Tidak seperti resort ski lain di Eropah, Riksgransen tidak mempunyai suhu sejuk, sehingga para pencinta ski tidak perlu takut dengan kesejukan.

Hal ini disebabkan fenomena matahari tengah malam tadi, yang membuat matahari tetap bersinar sehingga menjadikan wilayah ini tetap hangat sekaligus masih mempunyai salji untuk para pemain ski berseluncur.
Lapland juga merupakan rumah bagi hotel ais pertama dan terbesar di dunia. di hotel ini, para tetamu akan tidur di antara bongkah ais yang dilapisi cadar bahan kulit rusa. Mulai dari lilin hingga kerusi dan meja, semua yang ada di hotel ini diperbuat daripada ais.

Hotel ini dibina pada 1989, di desa kecil Jukkasjarvi. Hotel ini dibina oleh para pemahat ais tempatan yang berasal dari hotel ini. Biasanya Hotel ais ini hanya dibuka pada musim sejuk sahaja. Khas untuk tahun ini, Hotel ais dibuka juga pada musim panas. Seperti biasa, air untuk membuat ais ini diambil dari Sungai Torne, yang tidak jauh dari hotel.

Sumber: Harian Metro

Perkhidmatan Google Reader Akan Di Tamatkan

Baru2 ni, pihak Google telah mengeluarkan kenyataan bahawa perkhidmatan Google Reader akan di tamatkan bermula pada 1 Julai 2013. Berikut ialah kenyataan rasmi daripada Google:

Google Reader

“We launched Google Reader in 2005 in an effort to make it easy for people to discover and keep tabs on their favorite websites. While the product has a loyal following, over the years usage has declined. So, on July 1, 2013, we will retire Google Reader. Users and developers interested in RSS alternatives can export their data, including their subscriptions, with Google Takeout over the course of the next four months.”

Sedih bila dengar pengumuman ini sebab perkhidmatan Google Reader amat berguna dalam menyampaikan maklumat dengan pantas dan mudah. Walaupun aku bukanlah pengguna tegar Google Reader, tapi sekali sekala aku guna juga, banyak website, artikel yang aku feed gunakan reader ni.

image

So sekarang ni, kepada pengguna2 Google Reader, anda perlulah mencari alternatif lain selain daripada Google Reader contohnye aplikasi Feedly, Pulse, Flipboard. Sebenarnya ade banyak alternatif, tapi kebanyakannye tak boleh lawan Google Reader dan mungkin ade yang kene bayar @ tidak free!

Ini membuatkan aku berfikir bahawa teknologi bukanlah milik kita sepenuhnya..

Slap Chop – Memudahkan Persediaan Masakan Wanita

Baru2 ni, wife aku ade beli satu benda ni yang aku rase amat berguna untuk para wanita terutama ibu2 dalam memudahkan tugasan memasak di dapur iaitu Slap Chop! Jadi aku nak share dengan korang semua, mudah2han dapat membantu..jadi ape mende Slap Chop ni ek?

Slap chop

Slap chop

Slap chop

Slap chop

Secara ringkasnye Slap Chop ni berfungsi untuk memotong atau menghancurkan apa sahaja bahan2 masakan seperti bawang, buah, cili, tomato, serai dan apa sahaja yang di fikirkan perlu sebagai bahan masakan. Kerja2 memotong dan menghiris bawang yang dulunye mengambil masa 10 minit (contoh je..), tapi dengan Slap Chop hanya mengambil masa beberapa saat untuk siap di potong, woww hebat tul! Kalau tak percaya, jom tengok video ni:

So amacam? Menarik tak? Abis semua bahan2 tu di chop nye. Korang boleh beli di lazada.com.my. Sekarang ni tengah ade promotion. Selamat mencuba!

Proses Terminate Streamyx Ambil Masa 14 Hari?

Aku geram betul dengan perkhidmatan streamyx yang semakin hari semakin lembab. Sejak adanya pakej unifi, aku rase streamyx dah jadi lembap giler mengalahkan kura2. Paling sakit hati, apabila kawan aku cakap, dia pernah buat report pada TM pasal kelembapan internet streamyx nye, tapi nak tau apa jawapan dari TM? Cubalah langgan pakej unifi, mesti laju. Ntah hape2 ntah, bukannye nak setelkan masalah yg orang report, tapi ni boleh pulak die suruh orang tukar pakej lain, pakej yg lebih mahal pulak tu..ntah hape2 ntah..

Aku dah hilang sabar dgn streamyx ni, aku amik pakej 1 MB, bulanan bayar RM110.00, kat rumah kadang2 aku sorang je yg gune internet, itupun slow. Aku cuma buka blog je, bukannye ade download ape2 pun, tgk youtube pun boleh di kira dgn jari je. Last2 aku amik keputusan, terminate je streamyx ni. Skrg aku gune Yes 4G. So far alhamdulillah..laju, aku amik pakej postpaid kuota 4G, bulanan RM68.00.

image

image

Yang menambahkan kegeraman aku sekarang ialah proses terminate streamyx ni ambil masa 14 hari bekerja. Logik tak? Susah sangat ke proses nak terminate ni? Bila aku tanye, orang streamyx yg kat kaunter tu cakap borang termination tu nak kene hantar ke unit mane ntah, pastu diorang akan call kite untuk confirmkan lagi sekali samada betul ke nak terminate? Diorang cakap, nanti takut2 aku berubah fikiran tak jadi terminate ke..ntah hape2 ntah..dah tentu arahlah aku penat2 datang ke kedai streamyx tu waktu rehat tengahari dgn sanggup tak makan sebab nak terminate nye pasal, then dia kate gitu? Dah tentulah aku nak terminate! Pastu aku tanye lagi, hari ni 13hb, so kalau kene tunggu lagi 14 hari, means sampai lebih kurang akhir bulan baru akan terminate. So bil macam mane? Nak tau dia cakap ape? Encik tetap kene bayar bil sampailah akaun streamyx encik di terminate, maknenye, seolah2 aku kene bayar bil untuk tempoh 13 hari + 14 hari (proses termination yg lembap) = 27 hari (sebab die kate bil terakhir akan di prorate).Ini dah seperti aku kene bayar penuh walaupun 14 hari tu bukan salah aku. Ini namanye dah hidden cost, penipu! Cuba bayangkan kalau kite nak pindah ke oversea, then dtg ke kedai nak terminate, tapi die kate proses terminate 14 hari, esok kite dah nak flight, dah takde kat malaysia ni, tapi still kene bayar untuk benda yg kite tak gunakan untuk tempoh 14 hari tu, giler ape! Inilah yang di namakan hidden cost, selagi dia boleh korek duit kite, selagi tu lah die korek.

Aku bukanlah nak pengaruhi korang untuk potong streamyx, tapi nak buat apa kite bayar mahal, tapi servis slow macam hampeh? So fikir2 kan lah..

Layered Cheese Pudding

Dah lama aku tak makan bende2 yang sejuk dan berasaskan cheese ni, heheh.. Alhamdulillah petang tadi tercapai jugak hasrat aku untuk makan selepas wife aku berjaya membuat satu lagi resepi yang dia dah lama idam2kan untuk try..iaitu Layered Cheese Pudding

Layered cheese puding

Layered cheese puding

Bahan-bahan

Whipping cream
400 ml whipping cream

Cheddar cheese
1 kotak cheddar cheese

Biskut marie
1 bungkus Biskut marie (original)

Fruit cocktail
1 tin fruit cocktail

image

1 tin buah longan atau laici

Susu pekat
Setengah tin susu pekat manis

Cara-cara

1. Campurkan whipping cream dengan susu pekat dan pukul sehingga sebati
2. Parut cheddar cheese
3. Sediakan satu bekas
4. masukkan 3 ke 4 senduk sebatian whipping cream tadi ke dalam bekas tersebut

image
5. Susun biskut marie di atasnya

image

image
6. Taburkan fruit cocktail longan atau laici di atasnya serta sedikit air buah cocktail di ikuti cheese yang telah di parut
7. Ulang proses 4-6 sehingga siap
8. Simpan di dalam peti sejuk dan silalah makan time2 sejuk nanti, hehe

Layered cheese pudding

Gerenti sedaaappp! Jom la cuba 🙂
Terima kasih isteriku

Rujukan

Houseofaliyaa.blogspot.com

Ramainya Yang Mengaku Sultan Sulu

Rasanye ini kali kedua aku baca ade lagi rakyat Filipina yang mengaku dirinya sebagai sultan..haisshh..berapa banyak sultan daa korang ni..cubalah bawa bincang2 dulu sebelum nak mengaku tu..buat kecoh je diorang ni..dahlah masuk negara kita sesuka hati je..pastu buat hal, tak reti berterima kasih langsung.. Teriba hangin pulak kan..yelah..aku sebagai rakyat Malaysia, memang rasa geram, sakit hati sangat dengan penceroboh ni..opss, sekarang ni diorang dah di gelar PENGGANAS!

Berikut ialah laporan akhbar dari Kosmo yang aku copy paste mengenai pengakuan seorang lagi sultan..yolatuhhh..poodahhh!

Jamalul kiram III

Jamalul kiram III

MANILA, Filipina – Seorang lagi Sultan Sulu tampil dengan beberapa wakilnya menyatakan bahawa beliau merupakan pewaris takhta Kesultanan Sulu yang sebenar.

Beberapa wakil Datuk Abinasser Sultan Badaruddin D. Mohammad Bataraza kelmarin mendakwa beliau ialah Sultan Sulu sebenar kerana berasal daripada keturunan isteri pertama Sultan Sulu, Jamalul Alam.

Menurut dokumen yang ditunjukkan kepada laman berita Inquirer, wakil-wakil Badaruddin cuba menyakinkan Presiden Filipina, Benigno Aquino III supaya mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Sulu sejak 25 Julai 2012.

Pada 24 Oktober 2012, mereka turut menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon untuk meminta bantuannya bagi tujuan yang sama.

Seorang bekas koresponden Inquirer yang menjadi jurucakap lelaki berusia 74 tahun itu Arturo Sampana berkata, Badaruddin ialah anak keempat daripada lima orang anak Puteri Aishah Almarhum dan Datuk Mohammad Bataraza.

Ibunya, Aishah merupakan anak perempuan Puteri Sharifah Zainab atau Puteri Indok iaitu isteri Sultan Sulu, Badaruddin II yang memerintah dari 1881 hingga 1884.

Katanya, Badaruddin II ialah pengganti Sultan Jamalul Alam. Apabila beliau meninggal dunia dipercayai akibat diracun, keluarganya termasuk Aishah keluar dari istana untuk menyembunyikan diri.

Jamalul Kiram II yang ibunya merupakan isteri kedua Sultan Jamalul Alam pula menggantikan Badaruddin II sebagai pemerintah Sulu seterusnya.

Sampana memberitahu, Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu berasal daripada keturunan isteri kedua Jamalul Alam.

“Menurut adat keluarga diraja Sulu, hak sebagai pewaris takhta terlebih dalu diberikan kepada keturunan isteri pertama sultan yang memerintah,” kata Sampana.

Pada 12 Februari lalu, adik Kiram III, Raja Muda Azzimudie Kiram membawa sejumlah pengikut bersenjata memasuki Sabah untuk menuntut negeri di Malaysia Timur itu sebagai milik Kesultanan Sulu. – Agensi

Pengalaman Mengecat Tembok Pagar Rumah

Citernye bermula dari tahun lepas lagi, aku dan wife upah orang untuk buat tembok pagar rumah kami. Alhamdulillah, tembok tersebut siap sepenuhnya pada bulan Feb 2012, walaupun terlewat sikit dari plan asal di sebabkan masalah cuaca, tapi takpe, asalkan aku berpuas hati dengan hasil kerjanya. Baru aku tau, rupa2nya keje construction ni banyak bergantung pada keadaan cuaca, lain daripada keje didalam ofis yang masih boleh bersukaria buat keje walaupun hari hujan, bersyukurnya aku..alhamdulillah

Berbalik kepada asal, aku nak citerkan pengalaman aku mengecat tembok pagar rumah. Keputusan untuk aku mengecat sendiri kerana upah mengecat adalah mahal jika minta bantuan kontraktor yang buat, sebanyak RM1200.00. Selepas aku buat kira2, aku rasa cat sendiri lagi murah. Aku hanya mula mengecat selepas 4 bulan tembok tu siap. Tujuannya adalah kerana nak pastikan simen tembok tu betul2 kering terutamanya sebelah dalam. Tapi tak boleh di biarkan terlalu lama tanpa cat, nanti boleh naik kulat pulak, range 3-4 bulan tu kira oklah..

Dalam pada masa tu, aku pun sibuk lah duk survey cari cat2 yang kualitinye ok, harga pun ok. Untuk pengetahuan, walaupun kita biasa dengar kat iklan tv mengatakan cat sekian2 tahan 10 tahun, 15 tahun la, tapi kalau salah teknik mengecat pun tak guna jugak. Untuk mengecat, ada beberapa peringkat. Pertama sekali perlulah bersihkan dulu tempat yang kita nak mengecat tu dari kotoran habuk, gunakan penyapu pun dah cukup. Kedua, kikis kotoran atau simen2 yang mungkin terlebih atau menggerutu dengan menggunakan scrapper. Ketiga, gunakan cat asas atau cat undercoat sebagai cat lapisan yang pertama. Cat undercoat ni ada dua jenis iaitu oil base dan water base. Untuk cat luar rumah atau outdoor, aku cadangkan gunakan oil base, sebab ia lebih lasak dan tahan dari cuaca hujan dan panas. Manakala waterbase lebih sesuai untuk cat dalam rumah atau indoor. Satu tips, untuk cat outdoor, tambahkan sikit air kira2 10% daripada kuantiti cat. Semasa mengecat undercoat, tidak perlu cat terlalu tebal, hanya cat nipis2 je. Langkah ke empat, pastikan cat undercoat betul2 kering, kemudian barulah boleh mengecat dengan cat warna pilihan masing2.

Bagi cat undercoat, aku beli brand HCI Nippon Paint, oil base 20 liter. Harga dalam RM160.00. Untuk cat warna pula, aku beli cat brand Nippon (peach color) dan brand Jotun (maroon color), harga aku dah tak ingat lak, tapi seingat aku mahal sikit dari brand2 yang lain, tapi takpe asalkan tahan lama, so aku tak payah cat 2-3 kali. Aku pilih Nippon dan Jotun sebab kualitinya bagus. Untuk memudahkan kerja2 mengecat, penggunaan berus cat pun memainkan peranan penting. Aku cadangkan gunakan berus yang tebal, jadi kita dapat mengecat lebih banyak tempat sebab cat dah tersimpan pada berus. Selepas tu kalau boleh belilah topi untuk tahan terik matahari dan untuk elakkan jadi sun burn macam aku, hehe..

Kat bawah ni gambar2 kenangan aku mengecat tembok rumah, kalau tak silap aku ambil masa sebulan untuk siap mengecat, sebab buat hanya pada hari sabtu dan ahad, pulak tu kadang2 hari hujan, mendung dan cuaca lembap.

Cat undercoat

Cat undercoat

Fuh..lengkap dengan topi, stonganlagi tu..

Fuh..lengkap dengan topi, stonganlagi tu..

Bergaya..hehe

Bergaya..hehe


Selesai cat undercoat

Selesai cat undercoat

Jadi itulah sahaja pengalaman dan tips untuk mengecat rumah. Aku harap cat tembok pagar rumah aku ni boleh tahan at least 5-6 tahun, kalau lebih lama lebih bagus. Ok selamat mengecat!