Kad Kahwin Kitorang..Satu Kenangan

Apabila setiap pasangan yang nak berkahwin, mende yang tak kurang pentingnya yang kene ade mestilah kad jemputan kahwin kan? ada yang sanggup mengeluarkan bajet yang besar semata-mata untuk kad perkahwinannya. Tapi aku tak lah sampai macam tu, biasa2 je, yang penting orang doakan kebahagiaan kami berdua suami isteri dan keluarga, cukup la kan?

Kad perkahwinan kitorang simple je, pada aku jangan bazirkan duit kepada satu mende yang last2 orang akan buang. Nanti lepas kahwin ade banyak lagi mende yang nak guna duit. Aku saje je share kan kad kahwin kitorang kat sini, bukan nak riak, tak lawa pun..hehe..tapi tujuannya supaya nanti bila kitorang dah tua, boleh kenang2 semula zaman mula2 mengorat dulu, kan2..? nanti anak cucu aku pun sengih je bile baca, hehe..aku order kad kahwin ni dengan syarikat kanda dinda je, syarikat glamor gak dalam aktiviti cetakan kad kahwin ni, alhamdulillah mudah je berurusan dengan syarikat ni, harga kad tu pun takdelah mahal, biasa2 je..sekeping RM0.80 je rasenye. kalau tak silap, aku order 1200 keping untuk kitorang berdua. kitorang amik color gold, bersesuaian dengan tema warna baju persandingan kitorang 🙂

  • Rumah pengantin perempuan : 12 Mac 2011
  • Rumah pengantin lelaki : 19 Mac 2011

kad pengantin aku dan husna

Kad kahwin kami berdua

kad pengantin aku

Ini peta ke rumah aku

kad pengantin husna

Ini peta ke rumah isteri aku. Masa aku buat kad ni, masih lagi stesen Mobil, tapi boleh pulak bila dah siap kad ni, stesen Mobil tu dah bertukar jadi Esso. Dah tak pasal2 wife aku kene tampal gambar Esso kat semua kad..sian die. Takpelah, satu kenangan..

Jadi inilah dia kad kahwin kitorang, simple je kan? pakai satu color je, warna gold..I like

Advertisements

Kucingku Tunjuk Perasaan

Pada satu malam, kucing aku yang bernama G.U.D.I.K tetiba jadi tak betol..tunjuk perasaan agaknye. Tah ape yang tak kene sampai kemaruk jadi camni, pening kepala kitorang nak mentafsir ape yang die nak cuba sampaikan. Nak kate makan tak cukup, rasenya dah terlebih cukup, cume adelah kadang2 tu saje je bagi lambat2 sket, saje dengki..keh3x..name je kucing betina, tapi perangai macam jantan. Ni mesti pengaruh rakan2 kejiranan ni, maklumlah..’awek’ cun kat taman kitorang ni..semua berebut nak kan dia..

Macam2 hal ek kucing ni..ish3x..jom tengok video ni:

Haa..itulah dia aksi kejantanannya, badan je kecik, tapi ganas tak hengat..habis kotak tu di gigit nye, pastu dengan bahagianya sepah2 kan pulak..geram tul aku..kotak tu sebenarnye kotak kasut wife aku, baru je beli. Ingat cadang2 nak buang je kotak tu, tapi dah selamat jadi tempat die melepak pulak. Last2 kitorang biar je kotak tu kat ruang tamu, nak tengok sampai tahap mana keganasan boleh berlaku..huhu

gudik

Haa..kan dah kene cekik ngan aku, ngeh3x..

gudik

Amboi2..sedapnye ko landing ye gudik

gudik

Ewah..buat muke comei lak, nak mintak makan la tu

Sedapnya Coconut Shake

Hari cuti minggu yang lepas, kitorang pergi ke KL. Cadangannya wife aku nak belanja beli baju kemeja untuk aku kat Sogo sebab skrg ni ade jualan Year End Sale, tambah2 lagi nak dekat Krismas. Tapi bila dah sampai kat Sogo, pergghh..tengok2 harganya macam mahal je..nama je tengah sale, 50%-70% diskaun, tapi harganya macam lagi mahal dari sebelum sale, macam tak logik je harganya. So, kitorang pun tak jadilah beli kat Sogo. Kitorang decide pergi beli kat Jusco je, lagi berbaloi. Kemeja yang sama brand, tapi lagi murah beli kat Jusco. So, kalau korang nak shopping, berhati2 lah ddalam membuat pilihan sebab pilihan di tangan korang, selamatkan duit korang daripada di tipu (pesanan khidmat masyarakat ini di bawakan khas oleh Cucu Nelayan, hehe..)

Apa ni, tajuk posting Sedapnya Coconut Shake, tapi ni cerita pasal beli baju pulak kan? hehe..tu mukadimah je. Oklah, dipendekkan cerita, pada hari esoknya, aku dan wife bertolak pulang ke rumah mak aku di Melaka. On the way nak ke sana tu, perut dah berbunyi2 nih, lapar giler sebab jam dah pukul 4.30 petang, tapi perut masih belum di isi lagi. Cari punya cari, kitorang terjumpalah gerai yang jual Coconut Shake ni. Gerai ni terletak berdekatan dengan Masjid Alai. Kalau korang datang dari arah bandar melaka, jangan ikut Lebuh AMJ, tapi korang ikut jalan lama, bila dah sampai kat area Alai, pandu slow sikit sebab ia memang tak jauh dari Masjid Alai di sebelah kiri jalan. Kitorang pun singgahlah dan try coconut shake gerai ni. Rasanyaa..pergghh..sedap giler. Aku tak tau macam mana ia di buat, tapi rasanya isi kelapa di kisar dengan ais, campur gula, campur ais krim, itu aje kot. Ni gambar2 nya:

Coconut Shake

Coconut Shake Special (RM2.50 setiap satu)

2012-12-23 17.31.52

Pandangan hadapan gerai Coconut Shake

2012-12-23 17.32.01

Senarai harga minuman

Aku telah minta izin daripada tuan punya gerai untuk amik gambar dan masukkan dalam blog aku. Saje nak promote orang Melayu punyai bisnes, apa salahnya kan? So nanti korang sudi2 kan lah datang gerai makcik ni, minum coconut shake, sedappp..memang berbaloi. Kat sebelah gerai ni ade gerai brother jual burger, itupun sedap jugak tu, tapi aku tak amik pulak gambarnya.

Ok selamat mencuba !!

Perencah Soto Mak Pon

Ini adalah Perencah Soto Mak Pon yang original dari Muar, Johor. Ianya ini tidak perlu ditumis. Satu paket cukup untuk masakan seramai 5-6 orang. Cara masakannya amat mudah:

  1. Rebus potongan ayam bersaiz besar dengan sukatan air yang bersesuaian sehingga mendidih. Masukkan perencah Soto Mak Pon dan kacau
  2. Setelah empuk, keluarkan potongan ayam tersebut, tus dan goreng
  3. Setelah digoreng, hiris kecil-kecil untuk dimasukkan semula ke dalam sup bagi dimasak sehingga mendidih
  4. Bagi menambah keenakan rasanya, masukkan daun sup, bawang goreng, cili potong dll. Hidangkan dengan sambal kicap

Mudahkan cara-cara penyediaannya? Jadi tunggu apa lagi, tempahlah sekarang:

  • Harga satu paket: RM6.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Perencah Soto Mak Pon

Perencah Soto Mak Pon

Perencah Mee Bandung Mak Pon

Ini adalah Perencah Mee Bandung Mak Pon yang original dari Muar, Johor. Perencah Mak Pon ni dah mula menjadi sebutan ramai kerana kesedapan kuahnya yang takde bandingan, so korang jangan lepaskan peluang untuk mencuba perencah yang terbaik ni.

Ianya ini tidak perlu ditumis. Satu paket cukup untuk masakan seramai 5-6 orang (mungkin boleh sampai 7-10 orang bergantung kepada skill kepekatan masakan anda). Hasilnya sangat sedap sebab aku dah pernah cuba, kuahnya sangat pekat (bergantung kepada cara masak korangla ye). Cara masaknya amat mudah:

  1. Masukkan air rebusan tulang/daging. Biarkan ianya mendidih. Kemudian masukkan perencah Mee Bandung Mak Pon beserta sayur
  2. Pecahkan telur dan masukkan ke dalamnya. Rasa secukupnya, tambah gula dan garam secukupnya
  3. Setelah mendidih, masukkan mee kuning ke dalamnya dan taburkan bawang goreng
  4. Siap untuk dimakan

Mudahkan cara-cara penyediaannya? Jadi tunggu apa lagi, tempahlah sekarang:

  • Harga satu paket: RM6.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Pastikan anda memiliki perencah mee bandung Mak Pon ini di dalam simpanan rumah anda kerana ianya mudah dan cepat dimasak, orang yang tak reti masak pun boleh jadi pandai masak mee bandung ni, macam aku..hehe 😛

Perencah Mee Bandung Mak Pon

Mee Bandung Mak Pon

Mee Bandung Mak Pon

Design Hyundai i10

Dah lama rasanya aku tak buat design. Masa aku muda2 dulu, aku bercita2 nak jadi Graphic Designer sebab aku suka sangat buat multimedia. Ada masa terluang je, aku akan buat apa2 design atau pun buat animation montaj gune Macromedia Flash (skrg dah jadi Adobe Flash). Sampaikan satu masa dulu, aku sempat bekerja part time buat design paper bag, banner, website, kad hari raya dan macam2 lagi. Tapi sekarang ni, dah takde masa nak buat semua tu sebab nak design ni memerlukan kesabaran sebab ia agak cerewet, lepas tu hati kene tenang sebab nak cari idea.

Tapi baru2 ni, pejabat aku ade buat Hari Keluarga dan aku ni ditugaskan untuk mencari sponsor dengan menjual ruangan iklan yang akan di cetak didalam buku aturcara program Hari Keluarga tu. Jadi, alkisahnya aku pun pergilah cari sponsor. Aku pegi jumpa salesman kereta wife aku untuk promote program ni dan jual ruangan iklan ni. Dia pun setuju nak iklankan dia punya iklan kereta sebab nanti dia jugak yang boleh dapat customer sebab bilangan peserta Hari Keluarga ni dalam sekitar 480 orang termasuk kanak-kanak. Tapi dia suruh aku desgin kan iklannya. Hm..aku dah lah tengah sibuk time tu, nak kuar cari sponsor lagi, keje2 kat pejabat pun tak settle lagi. Tapi takpe, aku terima je sebab dah terdesak nak kan duit dia kan? hehe..jadi aku pun duduk lah bertapa malam2 siapkan design iklan kereta dia ni haa..maka jadilah sebegini:

hyundai i10 vRahman

Hyundai i10 1.25 Kappa

Jadi inilah hasil kerja tangan aku setelah bertungkus lumus memikirkan apakah konsep, warna, susun atur dan wording yang sesuai untuk iklan kereta ni. Aku gunakan perisian Adobe Photoshop 7.0 (version lama sebab version tu je yang aku ade, skrg ni aku rase dah version Adobe Photoshop CS5 kot). Alhamdulillah, salesman tu pun berpuas hati dengan design ni dan terus bersetuju, lega rasanya sebab tak payah nak edit2 lagi. Aku kurang gemar sikit kalau kene edit2 lagi ni, rasa macam…eeeiiii…malassss, hehe..

So korang pun dah tengok iklan kereta ni kan? Kalau ada sape2 berminat nak beli kereta ni, boleh contact aku ye di talian 019-6423790 atau sms je, insyaAllah aku akan jawab (tetiba aku pulak yang jadi salesman kan? hehe..sambil2 wat part time la kan..). Sedikit info pasal kereta ni:

  • jimat minyak (1 fuel bar = RM5.00, boleh jalan dalam 40-50km, bergantung kepada cara pemanduan. Full tank = 12 fuel bar = RM60.00)
  • enjin ada dua jenis: 1.1cc atau 1.25cc
  • enjin sangat senyap
  • masa aku beli dulu, ade dapat free gift LCD TV bernilai RM3000.00, tapi sekarang ni aku tak pasti dapat free gift apa
  • senang parking sebab kecik, so sesuai untuk orang perempuan, orang laki pun boleh pakai (macam aku :P)
  • ade DVD player, USB port, Dual Airbag, ABS, reverse sensor
  • 5 tahun warranty atau 300,000km (yang mana satu datang dulu)
  • 3 tahun free service atau 60,000km (yang mana satu datang dulu) – yang ni tengah promosi sebab masa aku beli dulu cuma free 2x service je.

Pendek kate, kereta ni memang bagus, sangat praktikal sebab jimat minyak tambah2 lagi kalau orang yang selalu travel tapi mementingkan penjimatan minyak, design pun cantik, comel.

Ok jangan lupa contact aku ye kalau2 korang berhajat nak beli kereta ni 🙂

Jalan-jalan ke Taman Negara Tanjung Piai, Johor

Kali ni aku nak ceritakan pengalaman kami berdua berjalan-jalan ke Taman Negara Tanjung Piai, Johor. Memula aku tak tau ape mende Tg.Piai ni walaupun selalu dengar, tapi macam takde kepentingan pada aku untuk amik tau pada masa tu..tapi entah camne, tetiba aku rase macam nk amik tau pasalnya, lagi2 Tg.Piai ni kat Johor. Nanti orang kate, name je dok kat Johor, tapi tak tau pasal Tg.Piai, hehe..so aku pun google la sikit2 info tentang Tg.Piai ni.

Aku copy paste daripada Wikipedia :

Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah PontianJohor , Malaysia. Kini Tanjung Piai menjadi nama kawasan pilihan raya di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Pontian.

Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langir Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.

Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebuah mercu tanda telah dibina di sini bagi menandakan ‘Tanah Terselatan Benua Asia]’ yang dibina pada 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mecu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpurnya.

Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut.Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.

Jadi itulah serba sedikit tentang maklumat Tanjung Piai. Alkisahnya, jarak antara rumah aku dengan Tg.Piai ni tak jauh pun, cuma kira-kira 45minit perjalanan je..kalo datang dari arah Skudai, ikut arah menghala ke Pontian. Lepas sampai bandar Pontian, korang akan nampak McD betul2 kat simpang traffic light. Haa..kat situ, kene belok kiri. Kalo korang jalan terus, ia akan menghala ke bandar Pontian, ade pantai.. so, kesimpulannya, korang kene belok kiri. Daripada situ, dalam 20minit perjalanan akan sampai la ke Tg.Piai. Jangan risau sebab signboard banyak, tak sesat punya. Sepanjang perjalanan nak masuk ke Tg.Piai tu, pemandangan memang cantik, rumah2 kampung dijaga dengan baik, persekitaran pun damai je..sampaikan aku rase macam nak beli rumah then duduk kat situ..hehe..Oklah, tanpa membuang masa, jom kite tengok gambar2 kami semasa berjalan2 ke Taman Negara Tg.Piai, Johor 🙂

Secara kesimpulannya, jalan-jalan kat Taman Negara Tg.Piai ni menyeronokkan dan dapat banyak info2 baru yang aku tak tau terutamanya tentang kepentingan menjaga pokok-pokok bakau disekeliling kita ni. Sebab kalau tak jaga, senang-senang je tebang, nanti ia boleh menyebabkan hakisan di pantai berlaku dengan lebih cepat. Keadaan pantai di Tg.Piai pun sebenarnya dah banyak terhakis, sebab kalo korang tengok dalam gambar kat atas ni, ade yg dekat2 nak sampai monumen tu ade diorang letakkan beg-beg pasir gergasi kat tepi-tepi pantai. Tu tujuannya untuk menghalang hakisan daripada terus menghakis pantai dengan rakusnya, haha..gitu. Lagi satu, korang ingat tak peristiwa tsunami? haa..salah satu kenapa mudahnya tsunami tu sampai ke daratan ialah kerana tiada pokok-pokok bakau yang boleh berfungsi untuk menahan/melambatkan perjalanan air laut daripada sampai ke daratan.

So fikir-fikirkanlah sebelum menebang pokok bakau dan tanamkan sikap bertimbang rasa kepada alam sekitar. Sayangilah alam flora fauna yang ada ni sementara masih ade kesempatan 🙂

Terima kasih kursus induksi

Selesai sudah kursus induksi aku..tak lama pun, cuma 14 hari, tapi rasenya penat bagai nak giler..mane taknyer straight 14 hari non-stop. Tapi walau macam mane penat sekalipun, alhamdulillah..banyak ilmu yang aku dapat sepanjang berkursus tu. Daripada tak tau, jadi tau.. peraturan yang sebelum2 ni aku langgar, sekarang dah tak langgar lagi..hehe 🙂

Sepanjang kursus tu, kitorang banyak dengar ceramah jelah. Ade juga aktiviti kumpulan yang kene buat, best la jugak walaupun agak stress. So, kat sini aku nak share montaj yang aku buat khas untuk kumpulan aku semasa melakonkan adegan-adegan gejala sosial di Malaysia. Oopss lupa pulak, nama kumpulan aku ‘Sinergi ManTop’. Apa yang boleh dibanggakan ialah kumpulan aku dapat no.2 dalam persembahan lakonan tu, fuhh..macam tak percaya je, tapi itulah rezeki 🙂 Thanks to all my group members !! Sinergiiiii ManTop !!

Cameron Highlands – Satu Memori

Mengikut sistem penggiliran yang telah dipersetujui oleh aku dan wife, hehe…(siap ade sistem tuu..) cuti hari raya Haji di kampungnya iaitu di Perak. Akak ipar ade bagitau nak jalan-jalan ke Cameron Highlands masa cuti raya ni, tapi masa tu pun aku cakap 50-50 sebab tengah banyak keje, ade kemungkinan macam tak balik, raya kat sini jelah maknenye tu dan sekaligus macam tak merasalah panjat Cameron tu… tapi alhamdulillah, Allah permudahkan..sampai juga kitorang ke kampungnya..bertolak dari Skudai jam 10.00 pagi..sampai kampung lebih kurang 10.00 malam…fuh..12 jam memandu

Esoknya, pagi2 dalam jam 9.00 pagi kitorang pun bertolak ke Cameron Highlands, 2 buah kereta diisi dengan lebih kurang 13 orang. Kereta wife aku yang comei disumbat 5 orang termasuk aku dan wife aku.. time nilah nak test performance keta..hehe..Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah dari Lekir, Sitiawan, Perak untuk sampai ke puncak Cameron Highlands. Itu pun setelah dicampur berhenti2 isi minyak, pegi toilet, beli makanan, jalan jem. Kitorang ikut jalan Simpang Pulai, Perak..perjalanan ok, cuma banyak kenderaan sebab cuti hari raya kan..secara keseluruhan ok, jalannya lebar, kadang2 dua lorong, kadang2 jadi satu lorong, tak nampak gaung sangat..so kepada sapa2 yang jenis darah gemuruh takut tinggi, boleh lah lalu jalan nih..  orang kate, kalau ikut Tapah, lagi extream, gaung betul2 sebelah kite…huhu…

Sepanjang perjalanan nak ke Cameron tu, ade banyak sangat bunga orkid yang tumbuh liar kat tepi2 jalan, cantik.. ade juga kuar mata air dari bukit.. kadang2 nampak ade orang pegi tadah air tu.. bagus kot amik air dari bukit ni ek..selain tu, ade banyak gerai orang asli yang jual madu lebah, petai dan banyak lagilah. Gerai diorang ni simple je, di perbuat dari kayu beratapkan nipah..aku rase dalam masa 1 hari je diorang boleh dirikan gerai ni.

Oklah, tanpa membuang masa, jom kite tengok gambar2 sepanjang kitorang berada di Cameron Highlands 🙂