Jalan-jalan ke Taman Negara Tanjung Piai, Johor

Kali ni aku nak ceritakan pengalaman kami berdua berjalan-jalan ke Taman Negara Tanjung Piai, Johor. Memula aku tak tau ape mende Tg.Piai ni walaupun selalu dengar, tapi macam takde kepentingan pada aku untuk amik tau pada masa tu..tapi entah camne, tetiba aku rase macam nk amik tau pasalnya, lagi2 Tg.Piai ni kat Johor. Nanti orang kate, name je dok kat Johor, tapi tak tau pasal Tg.Piai, hehe..so aku pun google la sikit2 info tentang Tg.Piai ni.

Aku copy paste daripada Wikipedia :

Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah PontianJohor , Malaysia. Kini Tanjung Piai menjadi nama kawasan pilihan raya di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Pontian.

Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langir Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.

Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebuah mercu tanda telah dibina di sini bagi menandakan ‘Tanah Terselatan Benua Asia]’ yang dibina pada 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mecu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpurnya.

Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut.Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.

Jadi itulah serba sedikit tentang maklumat Tanjung Piai. Alkisahnya, jarak antara rumah aku dengan Tg.Piai ni tak jauh pun, cuma kira-kira 45minit perjalanan je..kalo datang dari arah Skudai, ikut arah menghala ke Pontian. Lepas sampai bandar Pontian, korang akan nampak McD betul2 kat simpang traffic light. Haa..kat situ, kene belok kiri. Kalo korang jalan terus, ia akan menghala ke bandar Pontian, ade pantai.. so, kesimpulannya, korang kene belok kiri. Daripada situ, dalam 20minit perjalanan akan sampai la ke Tg.Piai. Jangan risau sebab signboard banyak, tak sesat punya. Sepanjang perjalanan nak masuk ke Tg.Piai tu, pemandangan memang cantik, rumah2 kampung dijaga dengan baik, persekitaran pun damai je..sampaikan aku rase macam nak beli rumah then duduk kat situ..hehe..Oklah, tanpa membuang masa, jom kite tengok gambar2 kami semasa berjalan2 ke Taman Negara Tg.Piai, Johor🙂

Secara kesimpulannya, jalan-jalan kat Taman Negara Tg.Piai ni menyeronokkan dan dapat banyak info2 baru yang aku tak tau terutamanya tentang kepentingan menjaga pokok-pokok bakau disekeliling kita ni. Sebab kalau tak jaga, senang-senang je tebang, nanti ia boleh menyebabkan hakisan di pantai berlaku dengan lebih cepat. Keadaan pantai di Tg.Piai pun sebenarnya dah banyak terhakis, sebab kalo korang tengok dalam gambar kat atas ni, ade yg dekat2 nak sampai monumen tu ade diorang letakkan beg-beg pasir gergasi kat tepi-tepi pantai. Tu tujuannya untuk menghalang hakisan daripada terus menghakis pantai dengan rakusnya, haha..gitu. Lagi satu, korang ingat tak peristiwa tsunami? haa..salah satu kenapa mudahnya tsunami tu sampai ke daratan ialah kerana tiada pokok-pokok bakau yang boleh berfungsi untuk menahan/melambatkan perjalanan air laut daripada sampai ke daratan.

So fikir-fikirkanlah sebelum menebang pokok bakau dan tanamkan sikap bertimbang rasa kepada alam sekitar. Sayangilah alam flora fauna yang ada ni sementara masih ade kesempatan🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s