Design Hyundai i10

Dah lama rasanya aku tak buat design. Masa aku muda2 dulu, aku bercita2 nak jadi Graphic Designer sebab aku suka sangat buat multimedia. Ada masa terluang je, aku akan buat apa2 design atau pun buat animation montaj gune Macromedia Flash (skrg dah jadi Adobe Flash). Sampaikan satu masa dulu, aku sempat bekerja part time buat design paper bag, banner, website, kad hari raya dan macam2 lagi. Tapi sekarang ni, dah takde masa nak buat semua tu sebab nak design ni memerlukan kesabaran sebab ia agak cerewet, lepas tu hati kene tenang sebab nak cari idea.

Tapi baru2 ni, pejabat aku ade buat Hari Keluarga dan aku ni ditugaskan untuk mencari sponsor dengan menjual ruangan iklan yang akan di cetak didalam buku aturcara program Hari Keluarga tu. Jadi, alkisahnya aku pun pergilah cari sponsor. Aku pegi jumpa salesman kereta wife aku untuk promote program ni dan jual ruangan iklan ni. Dia pun setuju nak iklankan dia punya iklan kereta sebab nanti dia jugak yang boleh dapat customer sebab bilangan peserta Hari Keluarga ni dalam sekitar 480 orang termasuk kanak-kanak. Tapi dia suruh aku desgin kan iklannya. Hm..aku dah lah tengah sibuk time tu, nak kuar cari sponsor lagi, keje2 kat pejabat pun tak settle lagi. Tapi takpe, aku terima je sebab dah terdesak nak kan duit dia kan? hehe..jadi aku pun duduk lah bertapa malam2 siapkan design iklan kereta dia ni haa..maka jadilah sebegini:

hyundai i10 vRahman

Hyundai i10 1.25 Kappa

Jadi inilah hasil kerja tangan aku setelah bertungkus lumus memikirkan apakah konsep, warna, susun atur dan wording yang sesuai untuk iklan kereta ni. Aku gunakan perisian Adobe Photoshop 7.0 (version lama sebab version tu je yang aku ade, skrg ni aku rase dah version Adobe Photoshop CS5 kot). Alhamdulillah, salesman tu pun berpuas hati dengan design ni dan terus bersetuju, lega rasanya sebab tak payah nak edit2 lagi. Aku kurang gemar sikit kalau kene edit2 lagi ni, rasa macam…eeeiiii…malassss, hehe..

So korang pun dah tengok iklan kereta ni kan? Kalau ada sape2 berminat nak beli kereta ni, boleh contact aku ye di talian 019-6423790 atau sms je, insyaAllah aku akan jawab (tetiba aku pulak yang jadi salesman kan? hehe..sambil2 wat part time la kan..). Sedikit info pasal kereta ni:

  • jimat minyak (1 fuel bar = RM5.00, boleh jalan dalam 40-50km, bergantung kepada cara pemanduan. Full tank = 12 fuel bar = RM60.00)
  • enjin ada dua jenis: 1.1cc atau 1.25cc
  • enjin sangat senyap
  • masa aku beli dulu, ade dapat free gift LCD TV bernilai RM3000.00, tapi sekarang ni aku tak pasti dapat free gift apa
  • senang parking sebab kecik, so sesuai untuk orang perempuan, orang laki pun boleh pakai (macam aku :P)
  • ade DVD player, USB port, Dual Airbag, ABS, reverse sensor
  • 5 tahun warranty atau 300,000km (yang mana satu datang dulu)
  • 3 tahun free service atau 60,000km (yang mana satu datang dulu) – yang ni tengah promosi sebab masa aku beli dulu cuma free 2x service je.

Pendek kate, kereta ni memang bagus, sangat praktikal sebab jimat minyak tambah2 lagi kalau orang yang selalu travel tapi mementingkan penjimatan minyak, design pun cantik, comel.

Ok jangan lupa contact aku ye kalau2 korang berhajat nak beli kereta ni🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s