Sedapnya Coconut Shake

Hari cuti minggu yang lepas, kitorang pergi ke KL. Cadangannya wife aku nak belanja beli baju kemeja untuk aku kat Sogo sebab skrg ni ade jualan Year End Sale, tambah2 lagi nak dekat Krismas. Tapi bila dah sampai kat Sogo, pergghh..tengok2 harganya macam mahal je..nama je tengah sale, 50%-70% diskaun, tapi harganya macam lagi mahal dari sebelum sale, macam tak logik je harganya. So, kitorang pun tak jadilah beli kat Sogo. Kitorang decide pergi beli kat Jusco je, lagi berbaloi. Kemeja yang sama brand, tapi lagi murah beli kat Jusco. So, kalau korang nak shopping, berhati2 lah ddalam membuat pilihan sebab pilihan di tangan korang, selamatkan duit korang daripada di tipu (pesanan khidmat masyarakat ini di bawakan khas oleh Cucu Nelayan, hehe..)

Apa ni, tajuk posting Sedapnya Coconut Shake, tapi ni cerita pasal beli baju pulak kan? hehe..tu mukadimah je. Oklah, dipendekkan cerita, pada hari esoknya, aku dan wife bertolak pulang ke rumah mak aku di Melaka. On the way nak ke sana tu, perut dah berbunyi2 nih, lapar giler sebab jam dah pukul 4.30 petang, tapi perut masih belum di isi lagi. Cari punya cari, kitorang terjumpalah gerai yang jual Coconut Shake ni. Gerai ni terletak berdekatan dengan Masjid Alai. Kalau korang datang dari arah bandar melaka, jangan ikut Lebuh AMJ, tapi korang ikut jalan lama, bila dah sampai kat area Alai, pandu slow sikit sebab ia memang tak jauh dari Masjid Alai di sebelah kiri jalan. Kitorang pun singgahlah dan try coconut shake gerai ni. Rasanyaa..pergghh..sedap giler. Aku tak tau macam mana ia di buat, tapi rasanya isi kelapa di kisar dengan ais, campur gula, campur ais krim, itu aje kot. Ni gambar2 nya:

Coconut Shake

Coconut Shake Special (RM2.50 setiap satu)

2012-12-23 17.31.52

Pandangan hadapan gerai Coconut Shake

2012-12-23 17.32.01

Senarai harga minuman

Aku telah minta izin daripada tuan punya gerai untuk amik gambar dan masukkan dalam blog aku. Saje nak promote orang Melayu punyai bisnes, apa salahnya kan? So nanti korang sudi2 kan lah datang gerai makcik ni, minum coconut shake, sedappp..memang berbaloi. Kat sebelah gerai ni ade gerai brother jual burger, itupun sedap jugak tu, tapi aku tak amik pulak gambarnya.

Ok selamat mencuba !!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s