Berdoalah Kepada Allah s.w.t Dengan Sepenuh Hati

Hadis Nabi S.A.W

Advertisements

Subhanallah..Matahari Bersinar Di Tengah Malam

image

Lapland, Merupakan sebuah provinsi yang ada di Finland yang memiliki keluasan wilayah 98.946 km = C2 = B2 dengan populasi penduduk seramai 187777 orang (2002). Ibu kotanya ialah Rovaniemi. Wilayah ini memiliki sebuah fenomena unik indah untuk dipandang, iaitu matahari di tengah malam.
Hal ini terjadi kerana lokasinya yang berada di lingkaran kutub, selama dua puluh empat jam dalam dua bulan setiap tahun wilayah ini akan disinari oleh matahari sepanjang hari tanpa henti. Fenomena unik ini biasanya disebut midnight sun atau matahari tengah malam.
Fenomena ini biasanya akan berlaku setiap bulan Jun dan Julai. Pelancong yang melawat Lapland dapat melihat secara langsung cahaya unik dari matahari tengah malam, yang tidak memberi batas antara siang dan malam di sini. Hal ini membolehkan bagi para pelancong untuk mendaki gunung Lapland di malam hari atau bahkan melakukan sukan golf selama 24 jam tanpa henti. Salah satu tempat kegemaran pelancong untuk pelancongan golf yang terdapat di Lapland adalah Bjorkliden GC, padang golf yang terletak paling utara wilayah ini. Bersempadan dengan beberapa pergunungan yang merupakan sempadan negara antara Sweden dan Finland serta Tasik Tornestrask.

Selain dapat menikmati sensasi bermain golf di tengah malam, aktiviti-aktiviti pelancongan lain yang juga digemari di Lapland adalah bermain ski di Riskgransen yang merupakan resort ski di kedudukan paling utara di Eropah. Tidak seperti resort ski lain di Eropah, Riksgransen tidak mempunyai suhu sejuk, sehingga para pencinta ski tidak perlu takut dengan kesejukan.

Hal ini disebabkan fenomena matahari tengah malam tadi, yang membuat matahari tetap bersinar sehingga menjadikan wilayah ini tetap hangat sekaligus masih mempunyai salji untuk para pemain ski berseluncur.
Lapland juga merupakan rumah bagi hotel ais pertama dan terbesar di dunia. di hotel ini, para tetamu akan tidur di antara bongkah ais yang dilapisi cadar bahan kulit rusa. Mulai dari lilin hingga kerusi dan meja, semua yang ada di hotel ini diperbuat daripada ais.

Hotel ini dibina pada 1989, di desa kecil Jukkasjarvi. Hotel ini dibina oleh para pemahat ais tempatan yang berasal dari hotel ini. Biasanya Hotel ais ini hanya dibuka pada musim sejuk sahaja. Khas untuk tahun ini, Hotel ais dibuka juga pada musim panas. Seperti biasa, air untuk membuat ais ini diambil dari Sungai Torne, yang tidak jauh dari hotel.

Sumber: Harian Metro

Pengalaman Mengecat Tembok Pagar Rumah

Citernye bermula dari tahun lepas lagi, aku dan wife upah orang untuk buat tembok pagar rumah kami. Alhamdulillah, tembok tersebut siap sepenuhnya pada bulan Feb 2012, walaupun terlewat sikit dari plan asal di sebabkan masalah cuaca, tapi takpe, asalkan aku berpuas hati dengan hasil kerjanya. Baru aku tau, rupa2nya keje construction ni banyak bergantung pada keadaan cuaca, lain daripada keje didalam ofis yang masih boleh bersukaria buat keje walaupun hari hujan, bersyukurnya aku..alhamdulillah

Berbalik kepada asal, aku nak citerkan pengalaman aku mengecat tembok pagar rumah. Keputusan untuk aku mengecat sendiri kerana upah mengecat adalah mahal jika minta bantuan kontraktor yang buat, sebanyak RM1200.00. Selepas aku buat kira2, aku rasa cat sendiri lagi murah. Aku hanya mula mengecat selepas 4 bulan tembok tu siap. Tujuannya adalah kerana nak pastikan simen tembok tu betul2 kering terutamanya sebelah dalam. Tapi tak boleh di biarkan terlalu lama tanpa cat, nanti boleh naik kulat pulak, range 3-4 bulan tu kira oklah..

Dalam pada masa tu, aku pun sibuk lah duk survey cari cat2 yang kualitinye ok, harga pun ok. Untuk pengetahuan, walaupun kita biasa dengar kat iklan tv mengatakan cat sekian2 tahan 10 tahun, 15 tahun la, tapi kalau salah teknik mengecat pun tak guna jugak. Untuk mengecat, ada beberapa peringkat. Pertama sekali perlulah bersihkan dulu tempat yang kita nak mengecat tu dari kotoran habuk, gunakan penyapu pun dah cukup. Kedua, kikis kotoran atau simen2 yang mungkin terlebih atau menggerutu dengan menggunakan scrapper. Ketiga, gunakan cat asas atau cat undercoat sebagai cat lapisan yang pertama. Cat undercoat ni ada dua jenis iaitu oil base dan water base. Untuk cat luar rumah atau outdoor, aku cadangkan gunakan oil base, sebab ia lebih lasak dan tahan dari cuaca hujan dan panas. Manakala waterbase lebih sesuai untuk cat dalam rumah atau indoor. Satu tips, untuk cat outdoor, tambahkan sikit air kira2 10% daripada kuantiti cat. Semasa mengecat undercoat, tidak perlu cat terlalu tebal, hanya cat nipis2 je. Langkah ke empat, pastikan cat undercoat betul2 kering, kemudian barulah boleh mengecat dengan cat warna pilihan masing2.

Bagi cat undercoat, aku beli brand HCI Nippon Paint, oil base 20 liter. Harga dalam RM160.00. Untuk cat warna pula, aku beli cat brand Nippon (peach color) dan brand Jotun (maroon color), harga aku dah tak ingat lak, tapi seingat aku mahal sikit dari brand2 yang lain, tapi takpe asalkan tahan lama, so aku tak payah cat 2-3 kali. Aku pilih Nippon dan Jotun sebab kualitinya bagus. Untuk memudahkan kerja2 mengecat, penggunaan berus cat pun memainkan peranan penting. Aku cadangkan gunakan berus yang tebal, jadi kita dapat mengecat lebih banyak tempat sebab cat dah tersimpan pada berus. Selepas tu kalau boleh belilah topi untuk tahan terik matahari dan untuk elakkan jadi sun burn macam aku, hehe..

Kat bawah ni gambar2 kenangan aku mengecat tembok rumah, kalau tak silap aku ambil masa sebulan untuk siap mengecat, sebab buat hanya pada hari sabtu dan ahad, pulak tu kadang2 hari hujan, mendung dan cuaca lembap.

Cat undercoat

Cat undercoat

Fuh..lengkap dengan topi, stonganlagi tu..

Fuh..lengkap dengan topi, stonganlagi tu..

Bergaya..hehe

Bergaya..hehe


Selesai cat undercoat

Selesai cat undercoat

Jadi itulah sahaja pengalaman dan tips untuk mengecat rumah. Aku harap cat tembok pagar rumah aku ni boleh tahan at least 5-6 tahun, kalau lebih lama lebih bagus. Ok selamat mengecat!

Kalendar Astronomi 2013

Baru-baru ni, aku ade terbaca artikel di kosmo online mengenai dunia astronomi, seronok juga membacanya, maklumlah aku ni banyak sangat tak tau tentang dunia luar, sesekali baca seperti dapat merungkai persoalan kejadian Allah s.w.t yang kita tidak dapat bayangkan. Memang betul, ilmu ini perlu di dalami untuk mendapatkan jawapan tentang kejadian-kejadian alam di sekeliling kita. Artikel yang aku baca tu akhirnya membawa aku ke laman web ini – falakonline.net

Begitu banyak info tentang ilmu astronomi yang boleh didapati di sini. Penulisnya memang tidak kedekut ilmu, ada saja info yang di tulisnya. Saya bukan nak promosikan website ni, malah saya tidak kenal pun penulisnya, cuma sekadar nak kongsi ilmu. Oleh itu kepada anda yang berminat dengan ilmu astronomi, bolehlah ke laman web ini. Di sini saya sertakan almanak astronomi untuk tahun 2013 yang mungkin akan terjadi dengan izin Allah s.w.t untuk rujukan anda.

Almanak astronomi 2013

Almanak astronomi 2013

Sumber: falakonline.net

Cara Mudah Untuk Daftar Haji

Alhamdulillah…hari ni, aku ngn wife aku dah selamat mendaftar untuk pergi menunaikan haji. Al-kisahnye sejak dari minggu lepas lagi dah plan nak daftar, tapi ade je halangannye…semalam pulak, tabung haji offline…huhu kaciwa sekejap kitorang. Kalo nak diikutkan tarikh yang diorang bagi, kitorang dijadualkan pegi haji pada tahun 2054…huuu..lamaaaaannyyerrrr… kire punye kire…time tu umur aku dah ngam ngam 70 tahun daaa…harap2 dapatlah pegi sane awal sikit..

So kat sini aku nak share cara-cara untuk register untuk tunaikan haji, mudah-mudahan dapat dimanfaatkan :

Keperluan :

i) 1 salinan IC

ii) Buku bank tabung haji (bagi sesiapa yang belum ada akaun tabung haji, kenela buka akaun dulu ye)

iii) Perlu ada RM1300.00 dalam akaun tabung haji. Tapi jika sesape yang takde duit sebanyak tu macam aku ni, korang jangan risau. Kerajaan dah bantu kite dengan membenarkan kita gunakan duit dari Akaun II dalam KWSP untuk mendaftar. Caranya hanya perlu bawa bersama penyata kwsp bagi tahun yang terkini semasa nak register, senang je kan? Tapi korang jangan salah anggap pulak, duit dalam akaun II tu sebenarnya tak perlu dikeluarkan pun. Tabung haji cuma perlukan penyata tu sebagai bukti yang kita ada duit untuk daftar haji.

iv) Kemudian bolehla terus pegi ke mane2 kaunter tabung haji yang berdekatan. Kalau takde, bank rakyat pun boleh sebab diorang dah dilantik sebagai agen yang menguruskan pendaftaran haji.

v) Selesai 🙂

So, kepada korang semua, cepat2lah daftar ye.. mende baik, tak elok dilambat2kan.. ni kan sebahagian daripada rukun Islam kita yang kelima