Pengalaman Mengecat Tembok Pagar Rumah

Citernye bermula dari tahun lepas lagi, aku dan wife upah orang untuk buat tembok pagar rumah kami. Alhamdulillah, tembok tersebut siap sepenuhnya pada bulan Feb 2012, walaupun terlewat sikit dari plan asal di sebabkan masalah cuaca, tapi takpe, asalkan aku berpuas hati dengan hasil kerjanya. Baru aku tau, rupa2nya keje construction ni banyak bergantung pada keadaan cuaca, lain daripada keje didalam ofis yang masih boleh bersukaria buat keje walaupun hari hujan, bersyukurnya aku..alhamdulillah

Berbalik kepada asal, aku nak citerkan pengalaman aku mengecat tembok pagar rumah. Keputusan untuk aku mengecat sendiri kerana upah mengecat adalah mahal jika minta bantuan kontraktor yang buat, sebanyak RM1200.00. Selepas aku buat kira2, aku rasa cat sendiri lagi murah. Aku hanya mula mengecat selepas 4 bulan tembok tu siap. Tujuannya adalah kerana nak pastikan simen tembok tu betul2 kering terutamanya sebelah dalam. Tapi tak boleh di biarkan terlalu lama tanpa cat, nanti boleh naik kulat pulak, range 3-4 bulan tu kira oklah..

Dalam pada masa tu, aku pun sibuk lah duk survey cari cat2 yang kualitinye ok, harga pun ok. Untuk pengetahuan, walaupun kita biasa dengar kat iklan tv mengatakan cat sekian2 tahan 10 tahun, 15 tahun la, tapi kalau salah teknik mengecat pun tak guna jugak. Untuk mengecat, ada beberapa peringkat. Pertama sekali perlulah bersihkan dulu tempat yang kita nak mengecat tu dari kotoran habuk, gunakan penyapu pun dah cukup. Kedua, kikis kotoran atau simen2 yang mungkin terlebih atau menggerutu dengan menggunakan scrapper. Ketiga, gunakan cat asas atau cat undercoat sebagai cat lapisan yang pertama. Cat undercoat ni ada dua jenis iaitu oil base dan water base. Untuk cat luar rumah atau outdoor, aku cadangkan gunakan oil base, sebab ia lebih lasak dan tahan dari cuaca hujan dan panas. Manakala waterbase lebih sesuai untuk cat dalam rumah atau indoor. Satu tips, untuk cat outdoor, tambahkan sikit air kira2 10% daripada kuantiti cat. Semasa mengecat undercoat, tidak perlu cat terlalu tebal, hanya cat nipis2 je. Langkah ke empat, pastikan cat undercoat betul2 kering, kemudian barulah boleh mengecat dengan cat warna pilihan masing2.

Bagi cat undercoat, aku beli brand HCI Nippon Paint, oil base 20 liter. Harga dalam RM160.00. Untuk cat warna pula, aku beli cat brand Nippon (peach color) dan brand Jotun (maroon color), harga aku dah tak ingat lak, tapi seingat aku mahal sikit dari brand2 yang lain, tapi takpe asalkan tahan lama, so aku tak payah cat 2-3 kali. Aku pilih Nippon dan Jotun sebab kualitinya bagus. Untuk memudahkan kerja2 mengecat, penggunaan berus cat pun memainkan peranan penting. Aku cadangkan gunakan berus yang tebal, jadi kita dapat mengecat lebih banyak tempat sebab cat dah tersimpan pada berus. Selepas tu kalau boleh belilah topi untuk tahan terik matahari dan untuk elakkan jadi sun burn macam aku, hehe..

Kat bawah ni gambar2 kenangan aku mengecat tembok rumah, kalau tak silap aku ambil masa sebulan untuk siap mengecat, sebab buat hanya pada hari sabtu dan ahad, pulak tu kadang2 hari hujan, mendung dan cuaca lembap.

Cat undercoat

Cat undercoat

Fuh..lengkap dengan topi, stonganlagi tu..

Fuh..lengkap dengan topi, stonganlagi tu..

Bergaya..hehe

Bergaya..hehe


Selesai cat undercoat

Selesai cat undercoat

Jadi itulah sahaja pengalaman dan tips untuk mengecat rumah. Aku harap cat tembok pagar rumah aku ni boleh tahan at least 5-6 tahun, kalau lebih lama lebih bagus. Ok selamat mengecat!

3 thoughts on “Pengalaman Mengecat Tembok Pagar Rumah

  1. hello. terima kasih bang atas tips untuk mengecat yg dibagi. lari tajuk sikit ni,hee.. nak tanya sebelum abang buat pagar tu ada buat piling dulu tak?? sebab saya sekarang nak buat pagar rumah gak. takut dasar tapak pagar tak kukuh.. ke ok je takyah piling? jimat kos sikit. hee. TQ

  2. T kasih atas perkonhgsian maklumat.. mmg nak ngecat pagar batu rumah musim pkp ni.. dah hampir 5 bulan siap.
    Mncari tips..

Leave a comment