Perencah Soto Mak Pon

Ini adalah Perencah Soto Mak Pon yang original dari Muar, Johor. Ianya ini tidak perlu ditumis. Satu paket cukup untuk masakan seramai 5-6 orang. Cara masakannya amat mudah:

  1. Rebus potongan ayam bersaiz besar dengan sukatan air yang bersesuaian sehingga mendidih. Masukkan perencah Soto Mak Pon dan kacau
  2. Setelah empuk, keluarkan potongan ayam tersebut, tus dan goreng
  3. Setelah digoreng, hiris kecil-kecil untuk dimasukkan semula ke dalam sup bagi dimasak sehingga mendidih
  4. Bagi menambah keenakan rasanya, masukkan daun sup, bawang goreng, cili potong dll. Hidangkan dengan sambal kicap

Mudahkan cara-cara penyediaannya? Jadi tunggu apa lagi, tempahlah sekarang:

  • Harga satu paket: RM6.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Perencah Soto Mak Pon

Perencah Soto Mak Pon

Perencah Mee Bandung Mak Pon

Ini adalah Perencah Mee Bandung Mak Pon yang original dari Muar, Johor. Perencah Mak Pon ni dah mula menjadi sebutan ramai kerana kesedapan kuahnya yang takde bandingan, so korang jangan lepaskan peluang untuk mencuba perencah yang terbaik ni.

Ianya ini tidak perlu ditumis. Satu paket cukup untuk masakan seramai 5-6 orang (mungkin boleh sampai 7-10 orang bergantung kepada skill kepekatan masakan anda). Hasilnya sangat sedap sebab aku dah pernah cuba, kuahnya sangat pekat (bergantung kepada cara masak korangla ye). Cara masaknya amat mudah:

  1. Masukkan air rebusan tulang/daging. Biarkan ianya mendidih. Kemudian masukkan perencah Mee Bandung Mak Pon beserta sayur
  2. Pecahkan telur dan masukkan ke dalamnya. Rasa secukupnya, tambah gula dan garam secukupnya
  3. Setelah mendidih, masukkan mee kuning ke dalamnya dan taburkan bawang goreng
  4. Siap untuk dimakan

Mudahkan cara-cara penyediaannya? Jadi tunggu apa lagi, tempahlah sekarang:

  • Harga satu paket: RM6.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Pastikan anda memiliki perencah mee bandung Mak Pon ini di dalam simpanan rumah anda kerana ianya mudah dan cepat dimasak, orang yang tak reti masak pun boleh jadi pandai masak mee bandung ni, macam aku..hehe 😛

Perencah Mee Bandung Mak Pon

Mee Bandung Mak Pon

Mee Bandung Mak Pon