Aduhai sedapnya ABC ni..

Sesiapa saja tak boleh tahan dengan kesedapan dan kesejukan minum ABC, betul tak? Dulu masa aku duduk kat Shah Alam, memang tak susah nak cari tempat makan ABC. Paling heaven, makan ABC kat food court seksyen dua, yang dekat dengan pintu masuk Uitm. Kat situ memang sedap giler, harga pun murah rm3.00 sahaja.

So di Johor ni, aku pun mencari-cari juga tempat makan ABC yang boleh dikenang sepanjang zaman, hehe..setelah puas mencari, akhirnya ku temui juga, cewahh.. Bertempat di medan selera bersebelahan dengan Balai Bomba JB, kat situ ada lebih kurang 2-3 gerai ABC. Aku dah cuba makan dua gerai, satu lagi gerai belum sampai seru lagi. Antara dua gerai ni, gerai yang selang satu disebelah gerai kacang pool haji yang berjaya membuatkan aku termimpi-mimpi, hehe.. Ni gambar-gambarnya..

image

image

Amacam? Nampak cam sedapkan? Siap ada dua scoop ais krim lagi tu, bahan-bahan yang ada dalam ABC ni memang banyak, memang tak kedekut lah gerai makcik ni. Harga semangkuk rm3.50..kalau tak cukup, boleh order lagi semangkuk, hehe..tu mentekedarah namanya..makan tak baca bismillah..hehe..tapi sayangnya aku tak snap pulak gambar gerai makcik ni.

Ok nanti korang cubalah ye..

Sedapnya Coconut Shake

Hari cuti minggu yang lepas, kitorang pergi ke KL. Cadangannya wife aku nak belanja beli baju kemeja untuk aku kat Sogo sebab skrg ni ade jualan Year End Sale, tambah2 lagi nak dekat Krismas. Tapi bila dah sampai kat Sogo, pergghh..tengok2 harganya macam mahal je..nama je tengah sale, 50%-70% diskaun, tapi harganya macam lagi mahal dari sebelum sale, macam tak logik je harganya. So, kitorang pun tak jadilah beli kat Sogo. Kitorang decide pergi beli kat Jusco je, lagi berbaloi. Kemeja yang sama brand, tapi lagi murah beli kat Jusco. So, kalau korang nak shopping, berhati2 lah ddalam membuat pilihan sebab pilihan di tangan korang, selamatkan duit korang daripada di tipu (pesanan khidmat masyarakat ini di bawakan khas oleh Cucu Nelayan, hehe..)

Apa ni, tajuk posting Sedapnya Coconut Shake, tapi ni cerita pasal beli baju pulak kan? hehe..tu mukadimah je. Oklah, dipendekkan cerita, pada hari esoknya, aku dan wife bertolak pulang ke rumah mak aku di Melaka. On the way nak ke sana tu, perut dah berbunyi2 nih, lapar giler sebab jam dah pukul 4.30 petang, tapi perut masih belum di isi lagi. Cari punya cari, kitorang terjumpalah gerai yang jual Coconut Shake ni. Gerai ni terletak berdekatan dengan Masjid Alai. Kalau korang datang dari arah bandar melaka, jangan ikut Lebuh AMJ, tapi korang ikut jalan lama, bila dah sampai kat area Alai, pandu slow sikit sebab ia memang tak jauh dari Masjid Alai di sebelah kiri jalan. Kitorang pun singgahlah dan try coconut shake gerai ni. Rasanyaa..pergghh..sedap giler. Aku tak tau macam mana ia di buat, tapi rasanya isi kelapa di kisar dengan ais, campur gula, campur ais krim, itu aje kot. Ni gambar2 nya:

Coconut Shake

Coconut Shake Special (RM2.50 setiap satu)

2012-12-23 17.31.52

Pandangan hadapan gerai Coconut Shake

2012-12-23 17.32.01

Senarai harga minuman

Aku telah minta izin daripada tuan punya gerai untuk amik gambar dan masukkan dalam blog aku. Saje nak promote orang Melayu punyai bisnes, apa salahnya kan? So nanti korang sudi2 kan lah datang gerai makcik ni, minum coconut shake, sedappp..memang berbaloi. Kat sebelah gerai ni ade gerai brother jual burger, itupun sedap jugak tu, tapi aku tak amik pulak gambarnya.

Ok selamat mencuba !!

Perencah Soto Mak Pon

Ini adalah Perencah Soto Mak Pon yang original dari Muar, Johor. Ianya ini tidak perlu ditumis. Satu paket cukup untuk masakan seramai 5-6 orang. Cara masakannya amat mudah:

  1. Rebus potongan ayam bersaiz besar dengan sukatan air yang bersesuaian sehingga mendidih. Masukkan perencah Soto Mak Pon dan kacau
  2. Setelah empuk, keluarkan potongan ayam tersebut, tus dan goreng
  3. Setelah digoreng, hiris kecil-kecil untuk dimasukkan semula ke dalam sup bagi dimasak sehingga mendidih
  4. Bagi menambah keenakan rasanya, masukkan daun sup, bawang goreng, cili potong dll. Hidangkan dengan sambal kicap

Mudahkan cara-cara penyediaannya? Jadi tunggu apa lagi, tempahlah sekarang:

  • Harga satu paket: RM6.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Perencah Soto Mak Pon

Perencah Soto Mak Pon

Perencah Mee Bandung Mak Pon

Ini adalah Perencah Mee Bandung Mak Pon yang original dari Muar, Johor. Perencah Mak Pon ni dah mula menjadi sebutan ramai kerana kesedapan kuahnya yang takde bandingan, so korang jangan lepaskan peluang untuk mencuba perencah yang terbaik ni.

Ianya ini tidak perlu ditumis. Satu paket cukup untuk masakan seramai 5-6 orang (mungkin boleh sampai 7-10 orang bergantung kepada skill kepekatan masakan anda). Hasilnya sangat sedap sebab aku dah pernah cuba, kuahnya sangat pekat (bergantung kepada cara masak korangla ye). Cara masaknya amat mudah:

  1. Masukkan air rebusan tulang/daging. Biarkan ianya mendidih. Kemudian masukkan perencah Mee Bandung Mak Pon beserta sayur
  2. Pecahkan telur dan masukkan ke dalamnya. Rasa secukupnya, tambah gula dan garam secukupnya
  3. Setelah mendidih, masukkan mee kuning ke dalamnya dan taburkan bawang goreng
  4. Siap untuk dimakan

Mudahkan cara-cara penyediaannya? Jadi tunggu apa lagi, tempahlah sekarang:

  • Harga satu paket: RM6.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Pastikan anda memiliki perencah mee bandung Mak Pon ini di dalam simpanan rumah anda kerana ianya mudah dan cepat dimasak, orang yang tak reti masak pun boleh jadi pandai masak mee bandung ni, macam aku..hehe 😛

Perencah Mee Bandung Mak Pon

Mee Bandung Mak Pon

Mee Bandung Mak Pon

Sepetang Bersama Puding Custard

Time petang2, cuaca panas2 camni kalau dapat makan yang sejuk2 kan best ? kebetulan aku pun dah lama tak makan mende ni, lalu aku pun request kat wife aku untuk buatkan Puding Custard.

Ni salah satu favorite aku dari kecik sampailah sekarang ni. Simple je cara2 buatnya, cuma aku je yang malas nak buat..hehe..tau makannnn je..manelah badan tak membulat sekarang ni.. tapi takpe, trademark aku “Makan selagi boleh” hehe 🙂

 

 

Seeedaaaappppnye !!

So, untuk minggu ni, aku boleh dikatekan lepas balik keje je terus buka peti ais cari mende ni..pastu kalo nak sedap lagi, aku campurkan dengan 1 tin buah-buahan campuran yang dah dipotong…ataupn boleh juga dicampur dgn nata de coco..tapi pastikan cari yang ade logo halal sebab banyak yang takde logo halal..makan tu makan jugak, tapi kenela beringat.. tak gitu ?

Resepinye seperti dibawah :

A) Custard
1. 1 cawan tepung custard.aku gunakan brand bird custard.boleh juga gune brand yg lain
2. 4 cawan air
3. 1/2 cawan gula
4. Campurkan semua bahan2 diatas ke dalam periuk.kacau sehingga jadi likat dan kemudian sejukkan.

B) Kuah susu cair
1. 1 tin susu cair
2. 1 cawan air masak
3. 4 sudu besar gula
4. 1 sudu teh esen vanilla
5. Masak semua bahan diatas dgn api yg kecil. Tapi jgn sampai mendidih tau.

So, selamat mencuba ye rakan2.

Sedapnye Spageti Carbonara

Nyum nyum nyum.. Sedapnyee..ni spageti yg wife aku masak..kali ni wife aku masak spageti carbonara..

Simple je reseipinya..hanya gunakan :

  • sos prego carbonara (1 tin boleh dapat untuk 3-4 orang makan)
  • dicampur dgn sosej (potong dadu/hiris nipis)
  • nugget ayam (potong dadu/hiris nipis)
  • sedikit lada hitam yg ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil garam (optional)
  • 1/2 sudu kecil gula (optional)

image

Rase spageti carbonara ni lebih pure, natural dan sederhana..sesuai dimakan pada bile2 mase..cewah promote pulak..

Nanti korang cuba la masak dirumah ye 🙂