Berkelah di Batu Layar, Johor

Di Johor ni, boleh dikatekan ade banyak juga pantai yang menarik untuk bermandi-manda dan berkelah. Antaranya yang terkenal seperti Desaru, Air Papan, Batu Layar, Tg. Balau, Tg. Leman, Teluk Ramunia dan banyak lagi. Jadi macam rugi pulak kalau rakyat Johor sendiri takde jiwa nak merasa kedaimaian dan keindahan pantai yang ada kat Johor ni kan? Haa..tu mukadimah je, hehe.. Aku sebagai rakyat Johor telah menyahut seruan ini dengan berkelah di pantai Batu Layar.

Peristiwa ni berlaku pada tahun pertengahan tahun 2012. Ofismate wife aku plan nak berkelah kat Batu Layar. Aku pun tak pernah sampai gak tempat ni, apelagi mulalah buat research sikit pasal tempat ni, tapi tak banyak info yang dapat, mungkin tak ramai orang yang post pasal tempat ni kot. Tapi takpe, itu menjadikan kami lebih semangat untuk tahu dgn lebih lanjut.

Sedikit info tentang pantai Batu Layar. Kalau tengok pada google maps, geografi pantai ni terletak di sebelah timur Johor, ia bersambung dengan pantai Desaru, Batu Layar, Tg.Balau dan Teluk Ramunia dengan menghadap Laut China Selatan. Pantainya yang bersambung antara satu sama lain membuatkan ianya lebih unik. Diberi nama Batu Layar kerana terdapat batu yang menyerupai layar kapal di tepi pantai. Jika nak ke sini, boleh ikut highway Senai-Desaru, tol lebih kurang RM12.00, jarak perjalanan kira-kira 45 minit. Signboard ade banyak, insyaAllah tak sesat.

Ofismate wife aku ajak bermalam di sana dengan menyewa chalet. Harga chalet murah, kebanyakannya dibawah RM100 per night. Tapi sayangnye kami ade hal pulak pada hari tu, jadi tak bolehlah bermalam, kami datang pada esoknye sahaja. Mereka sibuk kutip lokan kat paya bakau mane entah, banyak jugak yang dapat, hebat gak, hehe.. Aku dan wife bertolak dari rumah jam 7.30 pagi dan sampai lebih kurang 8.30 pagi. Sesampai je kami disana, aku tengok pantainya cantik, bersih, pantainya panjang pulak tu. Ofismate wife aku dah sedia menunggu, tapi diorang baru nak bbq hasil tangkapan lokan semalam, cewah macam anak nelayan pulak kan? Diorang sewa satu pondok khas, lengkap dengan tempat duduk dan tempat bbq, harga RM10 je, oklah kan? Pagi tu, kitorang sarapan dulu dengan sandwich yang kitorang bawa, buah-buah dan lokan. Aku dah tak sabar sebenarnye nak mandi, lambat-lambat nanti dah panas, nanti ade yang hitam lak, hehe..bila dah isi perut sikit, apelagi..mandi laut laaa..best giler sebab pantainya landai, berpasir dan tak dalam, walaupun dah 20meter ke tengah laut, air masih di paras pinggang, tapi korang hati-hati jelah mandi tu, sekarang ni aku tak tau dah dalam ke tak, pantai kan sentiasa terhakis. Memang sonok gilerlah dapat mandi laut, aku rase macam tak nak naik lagi, sampailah wife aku panggil, tu pun sebab dah nak pukul 12 tengahari, hehe.. Ombak kat situ tak kuat sangat, sesuai lah untuk bawa budak-budak. Ok jom tengok gambar-gambar pulak:

Keaimpulannya, memang best berkelah dan bermandi-manda kat sini. Kalau nak datang, datang pagi2, boleh tengok matahari naik, cantik..ok selamat cuti2 Malaysia!

Mandi manda di Sg.Bantang, Bekok

Cerita ni dah lama berlaku sebenarnya..tahun lepas kami merancang nak ke air terjun di gunung ledang, tapi disebabkan pada waktu itu, sedang musim hujan dan demi keselamatan, kami pun ubah plan untuk ke Sungai Bekok. Kat mana sg.bekok ni ek? Aku first time dengar walaupun dah lama dok kat johor ni. Ok kalau nak tau, korang google la sendiri ye sebab aku pun tak tau kedudukannya yang sebenar, hehe..Tapi secara kasarnya, sg.bantang ni terletak di antara ayer hitam dan batu pahat. Selepas ni aku akan gunakan nama sg.bekok sebab lebih sedap disebut, hehe..

Aku pergi dengan wife dan ofismate wife aku, semangat betul diorang ni, maklumlah semua bujang-bujang lagi, excited terlebih..hehe, yang dah kawen cuma aku je. Kami pergi dengan tiga kereta, mula-mula tu konvoi, tapi seperti yang aku katekan tadi, yang bujang-bujang ni excited terlebih, so diorang dah dok pecut meninggalkan kami, tapi takpelah, nanti jumpa jugak kan?

Perjalanan dari skudai ke sg.bekok mengambil masa lebih kurang dua jam. Jalan nya ok, tak susah, dari simpang empat ayer hitam tu, ikut jalan biasa menghala ke yong peng, nanti korang akan jumpa signboard ke kanan untuk ke sg.bekok. Pemandangan memang cantik, nyaman je..suasana kampung..

Dipendekkan cerita, kami pun sampailah di sg.bekok. Di hulu sungai memang ramai sangat orang dengan keluarga bawa anak-anak bermandi manda sambil berkelah. Memang best kawasan ni, air sungai yang sejuk, kawasan cetek, memang sesuailah untuk bawa anak-anak. Tapi kami ni yang konon-konon dah dewasa nak cuba panjat tinggi lagi, hajatnya nak mandi kat air terjun, tapi panjat punye panjat, tak sampai-sampai ke puncak, badan dah penat, hati dah tak sabar nak terjun ke dalam sungai yang sejuk tu. Jadi kami pun ambil keputusan untuk berhenti memanjat dan buat semua persiapan untuk mandi. Aku pun dirikan khemah igloo yang baru je beli sempena nak ke sini, manalah tau kot2 ade sape-sape nak tukar baju atau lepak-lepak ke..jadi tanpa membuang masa, jo, tengok gambar-gambar kami di sg.bekok:

Jadi itulah kisah kami di sg.bekok, memang best..tak boleh lupa kesejukan air sungainye..lama jugalah kitorang lepak berendam..dah keluar sungai, masuk balik sungai..macam tulah sampai kecut kulit-kulit ni..kepada anda semua memang tak rugi datang ke sini, bawalah anak-anak, kawan-kawan..memang best!

Jalan-jalan ke Taman Negara Tanjung Piai, Johor

Kali ni aku nak ceritakan pengalaman kami berdua berjalan-jalan ke Taman Negara Tanjung Piai, Johor. Memula aku tak tau ape mende Tg.Piai ni walaupun selalu dengar, tapi macam takde kepentingan pada aku untuk amik tau pada masa tu..tapi entah camne, tetiba aku rase macam nk amik tau pasalnya, lagi2 Tg.Piai ni kat Johor. Nanti orang kate, name je dok kat Johor, tapi tak tau pasal Tg.Piai, hehe..so aku pun google la sikit2 info tentang Tg.Piai ni.

Aku copy paste daripada Wikipedia :

Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia. Kini Tanjung Piai menjadi nama kawasan pilihan raya di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Pontian.

Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langir Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.

Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebuah mercu tanda telah dibina di sini bagi menandakan ‘Tanah Terselatan Benua Asia]’ yang dibina pada 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mecu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpurnya.

Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut.Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.

Jadi itulah serba sedikit tentang maklumat Tanjung Piai. Alkisahnya, jarak antara rumah aku dengan Tg.Piai ni tak jauh pun, cuma kira-kira 45minit perjalanan je..kalo datang dari arah Skudai, ikut arah menghala ke Pontian. Lepas sampai bandar Pontian, korang akan nampak McD betul2 kat simpang traffic light. Haa..kat situ, kene belok kiri. Kalo korang jalan terus, ia akan menghala ke bandar Pontian, ade pantai.. so, kesimpulannya, korang kene belok kiri. Daripada situ, dalam 20minit perjalanan akan sampai la ke Tg.Piai. Jangan risau sebab signboard banyak, tak sesat punya. Sepanjang perjalanan nak masuk ke Tg.Piai tu, pemandangan memang cantik, rumah2 kampung dijaga dengan baik, persekitaran pun damai je..sampaikan aku rase macam nak beli rumah then duduk kat situ..hehe..Oklah, tanpa membuang masa, jom kite tengok gambar2 kami semasa berjalan2 ke Taman Negara Tg.Piai, Johor 🙂

Secara kesimpulannya, jalan-jalan kat Taman Negara Tg.Piai ni menyeronokkan dan dapat banyak info2 baru yang aku tak tau terutamanya tentang kepentingan menjaga pokok-pokok bakau disekeliling kita ni. Sebab kalau tak jaga, senang-senang je tebang, nanti ia boleh menyebabkan hakisan di pantai berlaku dengan lebih cepat. Keadaan pantai di Tg.Piai pun sebenarnya dah banyak terhakis, sebab kalo korang tengok dalam gambar kat atas ni, ade yg dekat2 nak sampai monumen tu ade diorang letakkan beg-beg pasir gergasi kat tepi-tepi pantai. Tu tujuannya untuk menghalang hakisan daripada terus menghakis pantai dengan rakusnya, haha..gitu. Lagi satu, korang ingat tak peristiwa tsunami? haa..salah satu kenapa mudahnya tsunami tu sampai ke daratan ialah kerana tiada pokok-pokok bakau yang boleh berfungsi untuk menahan/melambatkan perjalanan air laut daripada sampai ke daratan.

So fikir-fikirkanlah sebelum menebang pokok bakau dan tanamkan sikap bertimbang rasa kepada alam sekitar. Sayangilah alam flora fauna yang ada ni sementara masih ade kesempatan 🙂

Cameron Highlands – Satu Memori

Mengikut sistem penggiliran yang telah dipersetujui oleh aku dan wife, hehe…(siap ade sistem tuu..) cuti hari raya Haji di kampungnya iaitu di Perak. Akak ipar ade bagitau nak jalan-jalan ke Cameron Highlands masa cuti raya ni, tapi masa tu pun aku cakap 50-50 sebab tengah banyak keje, ade kemungkinan macam tak balik, raya kat sini jelah maknenye tu dan sekaligus macam tak merasalah panjat Cameron tu… tapi alhamdulillah, Allah permudahkan..sampai juga kitorang ke kampungnya..bertolak dari Skudai jam 10.00 pagi..sampai kampung lebih kurang 10.00 malam…fuh..12 jam memandu

Esoknya, pagi2 dalam jam 9.00 pagi kitorang pun bertolak ke Cameron Highlands, 2 buah kereta diisi dengan lebih kurang 13 orang. Kereta wife aku yang comei disumbat 5 orang termasuk aku dan wife aku.. time nilah nak test performance keta..hehe..Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah dari Lekir, Sitiawan, Perak untuk sampai ke puncak Cameron Highlands. Itu pun setelah dicampur berhenti2 isi minyak, pegi toilet, beli makanan, jalan jem. Kitorang ikut jalan Simpang Pulai, Perak..perjalanan ok, cuma banyak kenderaan sebab cuti hari raya kan..secara keseluruhan ok, jalannya lebar, kadang2 dua lorong, kadang2 jadi satu lorong, tak nampak gaung sangat..so kepada sapa2 yang jenis darah gemuruh takut tinggi, boleh lah lalu jalan nih..  orang kate, kalau ikut Tapah, lagi extream, gaung betul2 sebelah kite…huhu…

Sepanjang perjalanan nak ke Cameron tu, ade banyak sangat bunga orkid yang tumbuh liar kat tepi2 jalan, cantik.. ade juga kuar mata air dari bukit.. kadang2 nampak ade orang pegi tadah air tu.. bagus kot amik air dari bukit ni ek..selain tu, ade banyak gerai orang asli yang jual madu lebah, petai dan banyak lagilah. Gerai diorang ni simple je, di perbuat dari kayu beratapkan nipah..aku rase dalam masa 1 hari je diorang boleh dirikan gerai ni.

Oklah, tanpa membuang masa, jom kite tengok gambar2 sepanjang kitorang berada di Cameron Highlands 🙂

Jalan-jalan ke Zoo Johor

Alhamdullillah, kesempatan hujung minggu yang lalu, akhirnya dapat jugak kitorang melawat Zoo Johor. Asalnya nak pegi pagi2, sejuk sikit..tapi terlambat jugak. Sampai2 sana dah pukul 10pg, matahari pun dah nak terik, tapi takpe..hal kecik je tu.

Ok, tentang zoo Johor ni, yuran masuk cumalah RM2.00 bagi dewasa. Dibuka dari jam 8.30pg hingga dot dot dot…aku terlupa pulak waktu tutup nya..hehe.. Pendek kate, aku ngan wife aku berpuas hati dengan lawatan kitorang ke sini. Banyak jugak info yang boleh didapati dari sini, sangat sesuai kalau bawa anak-anak sekali.. memang best. Ok, tanpa membuang masa, jom kite tengok2 gambar menarik yang aku dah amik ni 🙂

Dihadapan pintu masuk utama Zoo Johor

Kaunter tiket

Panorama yang korang akan nampak apabila jejak je kaki ke Zoo Johor

Aikss..sempat lagi posing tu.. mana satu aku nak pegi ni? banyak tul tanda arahnya…

Sekawan keldai tengah makan..nampak tak yang kecik sekali tu? comel kan? hehe

Ini burung ape ye? burung Nuri kot..

Sang Kancil

Korang tau tak ape ni? inilah cimpanzi..nampak tak die tengah buat ape tu? die tengah minum air Coke tu.. senyap2 je layan minum tepi parit..patutlah sihat, hehe..

Pemandangan sebahagian zoo dari atas tangga

Woww..besar betul unta ni..rase macam berada kat padang pasir betul lak

Kura-kura yang comei

Burung merak dari kayangan 😛

Padang tempat sang rusa berlari-larian

Auuummmm !! ini lah harimau belang..sian dier, dok sorang2 dalam sangkar..

Burung Ostrich pun ada !!

Kawanan rusa sedang makan

I’m a Lion King

Ewah2..pandainya diorang posing ek..tak ingat ape nama burung ni, tapi diorang ni selalu ade watak dalam karten

Berjalan-jalan ye ?

Spesis burung kakak tua

Tak ingat lak burung ape ni..tapi rasenye yang hijau tu jantan, yang merah tu betina..ke terbalik ek? hehe

Amacam, menarik tak? besssttt kan..ade banyak lagi gambar, tapi aku tak sempat nak upload. so kepada kawan2, jemputlah datang beramai2 sebab pada aku memang berbaloi sebab dapat menambahkan ilmu pengetahuan kite dan sedikit sebanyak dapat release tension..hehe 🙂

Balik Kampung Atok

Hari tu sempena cuti umum Awal Muharaam, aku dengan wife saje jalan2 balik kampung atok aku kat Tg.Sedili, Johor. Dah lama jugak tak balik tengok atok, last balik masa raya puasa hari tu. Alhamdulillah..atok aku sihat tambahan lagi atok aku dapat motor baru bertayar tiga kat belakang. Sebelum ini, pakai motor lama asyik terjatuh je..atok aku pun umur dah 80 tahun lebih..tapi masih kuat lagi nak gi masjid woo… Tapi peliklah, motor jenis tu asyik jalan ke kiri je handle nya..alignment nye cam bengong2 sket..dah tak pasal2 kene pegang handle tu kuat2 supaya tak ke kiri je..

Rumah atok aku ni tepi pantai je..dalam 50m je jaraknya dengan pantai..dulu masa aku kecik2, asal balik kampung je, wajib mandi kat tepi pantai. Pernah dulu mase umur 4 tahun, aku kene sengat dengan ikan sembilang…kat ibu jari kaki…fuhhh…time tu rase macam nak tercabut je kaki aku ni. Nasib baik atok aku ade kat umah time tu. Dia amik cincin kat jari dia tu, pastu terus tenyeh kat jari kaki aku yang kene sengat tu…alhamdulillah, kurang sikit sakitnya.. ada sakti kot cincin tu.. orang dulu2.. pastu hilang kisah nak mandi lagi. Mak ngan abah terus bawa aku gi klinik pastu, klinik lak jauh time tu..tambah2 kampung aku ni dulu kene naik bot penambang kalo nak ke seberang..sabor jelah..tapi syok jugak..sekarang ni dah tak merasa lagi dah sebab dah ade jambatan..orang yang bawa bot tu pun dah takde lagi dah..

Ni gambar tepi pantai kat area kampung atok aku..Pantai Temalah namanya..mengadap laut cina selatan..cantik tak ? mestilah cantik.. nanti sapa2 teringin nak mandi pantai, datanglah sini..ade chalet baru buat.. tapi aku tak tau lak berapa harganya.. ok 🙂