Siapakah Cucu Nelayan

Siapakah cucu nelayan ni..?

Mesti tu soalan yang korang selalu tertanya2 kan selepas baca blog aku, hehe..apepun, aku ucapkan terima kasih kerana sudi melayari blog aku yang tak seberapa ni. Jangan lupa subscribe ye untuk membolehkan korang mendapat alert jika ada post baru yang aku upload.

Ok alkisahnya aku diberi nama Abd Rahman. Dilahirkan pada suatu hari pada bulan September di suatu petang ketika waktu asar (agaknyalah..). Sekarang sudah pun berkahwin dan telah punyai seorang anak, tetapi Allah s.w.t maha kaya dan penyayang. Anak kami tu telah disimpan semula baik-baik oleh Allah..ade hikmah disebaliknya, insyaAllah. Aku adalah seorang cucu nelayan kerana atok aku adalah seorang nelayan di kampung Tg. Sedili, Johor. Straight forward tak reason aku? hehe..

Sekarang ni aku bekerja di suatu tempat di Skudai, alhamdulillah aku berjaya mendapatkan kerja ini walaupun telah beberapa kali mencuba sebelum ini. Sebelum aku berhijrah ke sini, aku telah pun bekerja di pelbagai tempat termasuklah kerja yang bukan dalam bidang pengajian aku. Tapi itu takpe, aku dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman didalam mematangkan fikiran dan kemahiran aku.

Jadi itulah serba sedikit tentang diri aku. Aku tak boleh nak cerita lebih2 sebab dah macam2 kisah kita dengar tentang penyalahgunaan maklumat diri di internet. Harapan aku korang teruskan membaca cerita2 di blog aku sambil mudah-mudahan dapat menambah ilmu pengetahuan, insyaAllah

20120521_114333

~ Cucu Nelayan ~

Leave a comment