Pengalaman Sakit Mata

Sudah dua minggu aku kene sakit mata, dan dah dua minggu jugalah aku duduk bertapa dirumah kerana diberikan MC oleh doktor. Alkisahnya bermula apabila rakan sepejabat aku kene sakit mata akibat berjangkit daripada anak dia. Anak dia tu pun berjangkit daripada kawan-kawan di taska. Rakan aku ni dah dua minggu juga MC. Nak dijadikan cerita, hari isnin dia datang kerja setelah cuti dua minggu tu lah aku pula yang berjangkit. Mula-mula mata aku merah biasa je, tapi bila dah petang, makin merah, waktu malam pula bertambah merah. Aku fikir-fikir tak boleh jadi ni, kene pegi jumpa doktor juga, jadi bila dah jumpa doktor tu, sahlah aku kene sakit mata..Hmm..nasib badan, tapi nak buat camne, reda jela..

Sepanjang sakit mata ni, memang sakit. Disini aku nak kongsi simtom-simtomnya. Antaranya ialah mata akan mula merah sedikit demi sedikit sehinggalah ia menutupi keseluruhan mata putih kita. Kemudian kita akan rasa seperti ada selaput atau berpasir pada mata. Akhirnya mata kita akan rasa gatal, pada waktu tu lah tangan kita rasa seperti nak garu je mata ni..haaa..itulah simtom-simtom awal sakit mata. Kalau ada simtom seperti itu, cepat-cepat pergi berjumpa doktor. Kemudian doktor dengan baik hatinya akan berikan ubat seperti berikut:

Ubat titis mata

Ubat titis mata

Ubat sapu dibawah mata

Ubat sapu dibawah mata

Ubat titis tu kene titis dua titis setiap dua jam. Jadi kepada yg dah terkena tu kenelah merajinkan diri untuk titis. Ubat sapu pulak perlu di sapu tiga kali sehari di bawah mata. Fuhh yang ni paling mencabar sebab kene tarik kulit bawah mata, kemudian sapu kat bawah mata tu, ngeri nyerr.. Tapi aku cuba juga lah sebab nak baik cepat punya pasal. Selain tu, doktor juga akan bagi pil tahan gatal dan bengkak mata.

Selain daripada makan pil mengikut jadual, korang juga perlu sentiasa bawa tisu ke mana sahaja korang pergi. Ini disebabkan air mata akan sentiasa keluar dan jika tidak di lap, ia akan membentuk tahi mata. Lagi satu, inilah masanya untuk korang bergaya dengan pakai sunglasses walaupun di tempat yang gelap. Macam pergi ke shopping complex, pun kene pakai tau..barulah macho..hehe..

Ok kalau nak cepat baik, aku galakkan korang makan buah betik. Tujuannya adalah untuk menyejukkan mata yang panas tu. Selain tu, boleh juga makan buah limau dengan tujuan untuk menambah vitamin dalam badan untuk melawan bakteria.

Setakat tu sajalah pengalaman yang boleh aku kongsikan. Kepada pesakit mata, anda kene banyaklah bersabar, sakit memang sakit, lebih-lebih lagi waktu rukuk dan sujud, rase macam nak terkeluar je biji mata ni. Lagi satu, kebarangkalian untuk mata sebelah berjangkit pun tinggi. So korang kenelah pandai-pandai jaga kebersihan tangan. Sentiasa basuh tangan dengan sabun.