Aduhai sedapnya ABC ni..

Sesiapa saja tak boleh tahan dengan kesedapan dan kesejukan minum ABC, betul tak? Dulu masa aku duduk kat Shah Alam, memang tak susah nak cari tempat makan ABC. Paling heaven, makan ABC kat food court seksyen dua, yang dekat dengan pintu masuk Uitm. Kat situ memang sedap giler, harga pun murah rm3.00 sahaja.

So di Johor ni, aku pun mencari-cari juga tempat makan ABC yang boleh dikenang sepanjang zaman, hehe..setelah puas mencari, akhirnya ku temui juga, cewahh.. Bertempat di medan selera bersebelahan dengan Balai Bomba JB, kat situ ada lebih kurang 2-3 gerai ABC. Aku dah cuba makan dua gerai, satu lagi gerai belum sampai seru lagi. Antara dua gerai ni, gerai yang selang satu disebelah gerai kacang pool haji yang berjaya membuatkan aku termimpi-mimpi, hehe.. Ni gambar-gambarnya..

image

image

Amacam? Nampak cam sedapkan? Siap ada dua scoop ais krim lagi tu, bahan-bahan yang ada dalam ABC ni memang banyak, memang tak kedekut lah gerai makcik ni. Harga semangkuk rm3.50..kalau tak cukup, boleh order lagi semangkuk, hehe..tu mentekedarah namanya..makan tak baca bismillah..hehe..tapi sayangnya aku tak snap pulak gambar gerai makcik ni.

Ok nanti korang cubalah ye..