Tenangnya Hati Apabila Hutang Langsai

image

Sekarang ni hatiku rasa sangat lapang, kerana telah melangsaikan hutang yang membelenggu diriku selama setahun. Sebenarnya hutang tu adalah pinjaman peribadi yang aku buat untuk bina tembok rumah aku ni. Rumah aku adalah rumah corner lot, rumah murah takde pagar..bila dah berkeluarga ni, kenelah fikirkan keselamatan. Lagipun lambat laun nak kene buat jugak kan? so sebelum harga barang binaan jadi lebih mahal, lebih baik buat sekarang kan?

Pernah dulu kawan wife aku kate rumah aku macam rumah mat saleh, sebab takde tembok, fuhh..menghiris kalbu betul. Lalu aku pun berbincang dengan isteri aku tentang projek mega yang bakal di buat ni. Setelah mencapai kata sepakat, aku pinjam daripada bank rakyat ditambah dengan bantuan daripada kewangan simpanan isteri aku yang tersayang. Proses pinjaman berjalan dengan lancar, selepas lebih kurang dua minggu, permohonan pun diluluskan. Tetapi sebelum tu, kami dah survey untuk cari kontraktor yang sudi membina tembok rumah kami ni pada harga yang berpatutan. Dipendekkan cerita, kami berkenan dengan hasil kerja kontraktor yang buat renovation kat rumah jiran kami. harga yang ditawarkan pun ok, orang melayu pula tu..alhamdulillah, urusan dipermudahkan olehNya. Ni gambar-gambar sewaktu contruction sedang dijalankan:

Tembok depan rumah

Tembok depan rumah

image

Tembok sebelah tepi

Pandangan dihadapan rumah

Pandangan dihadapan rumah

Tentang pinjaman tadi tu, aku perlu lunaskan dalam tempoh dua tahun. Setahun dah berlalu, kebetulan aku dapat bonus, jadi tanpa berfikir panjang, aku pun keluarkan semua bonus tu dan duit simpanan sikit untuk langsaikan terus baki pinjaman tu. Lepas tu, terus lega rasa hatiku sebab dah takde hutang lagi. Lepas ni, aku nak jual kereta waja aku pulak. Kepada sesiapa yang berminat, boleh contact aku terus, condition kereta masih baik, aku pakai pun hanya untuk pergi kerja saja. InsyaAllah lepas-lepas ni, aku tak nak berhutang lagi kecuali dalam keadaan tertentu.

Hidup ini bukanlah sesempurna sepertimana yang kita sentiasa harapkan. Kadang-kadang, ada benda yang cukup, kadang-kadang ada yang tak cukup, tapi kita perlulah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikanNya walaupun sebesar zarah. Kalau korang ade duit lebih, cuba-cubalah langsaikan seberapa boleh hutang korang ye, jangan risau..insyaAllah rezeki akan lebih melimpah ruah lepas ni..amin.

2 thoughts on “Tenangnya Hati Apabila Hutang Langsai

Leave a comment